#1-Jangan Hanya Mengejar Wang Semata-Mata.
Adalah normal apabila usahawan membuka bisnes dengan matlamat untuk menjana pendapatan yang besar dan lumayan.
Itu adalah perkara yang tidak dapat dinafikan sama sekali. Namun, pengasas Tesla ini tidak mengejar wang semata-mata.
Sebagaimana pentingnya untuk mengejar harta kekayaan, lagi penting untuk menguatkan produk bisnes anda.
Jika produk anda berguna dan bagus pada pelanggan, sudah tentu anda akan memperolehi wang dan sebaliknya.
Dalam bisnes, beri fokus kepada produk dan jangan mudah berputus asa jika anda tidak dapat membuat keuntungan dalam masa yang singkat.
#2-Merancanglah Untuk Gagal.
Umumnya, rata-rata kita cuba merancang yang terbaik dan mengharapkan kejayaan.
Itu adalah perkara normal. Elon mengajar kita untuk berfikir bagaimana kegagalan boleh mempengaruhi kita.
Jika anda menjangkakannya dan mengetahuinya daripada awal dan bersedia dengan pelan penyelesaian seperti yang anda lakukan dengan pelan bisnes asal anda, anda akan mempunyai peluang untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
Kegagalan yang anda alami walaupun berkali-kali bukanlah penghalangnya.
#3-Berani Untuk Berpandangan Jauh.
Berfikir luar dari kotak adalah ciri-ciri usahawan yang berjaya dalam bisnes.
Untuk melatih diri berfikir luar dari kotak, seseorang itu harus berani berpandangan jauh dan terbuka.
Namun ini bukan perkara senang. Anda mungkin harus melanggar kebiasaan yang sudah sebati dalam masyarakat-masyarakat dan berda selangkah di hadapan mereka.
Baik dalam pemikiran dan tindakan. Inilah ynag membuatkan kita mempunyai kelebihan berbanding pesaing kita. Inilah yang dilakukan oleh Elon.
#4-Lupakan Peristiwa Lepas.
Salah satu perkara yang harus dimiliki oleh usahawan adalah berjaya untuk melupakan peristiwa lampau.
Elon sendiri mempunyai banyak startup yang gagal namun tidak tidak terbuai dengan emosi.
Elon mengajar kita untuk bekerja keras dan sanggup untuk berkorban banyak perkara untuk merealisasikannya.
Namun jika gagal, usahakan idea yang lain daripada yang terdahulu dan cuba sekali lagi.
#5-Menerima Kritikan Dengan Terbuka.
Hanya segelintir orang sahaja yang mampu menerima kritikan. Jika anda benar-benar seorang usahawan yang sejati, anda akan mendengar pada kritikan dan memperbaiki diri sendiri.
Tanpa kritikan, anda tidak akan berkembang dan belajar dengan banyak kerana anda terlalu mendengar kata hati dan pandangan sendiri.
Ini adalah antara kelebihan Elon sebagai usahawan unggul yang mana dia adalah seorang yang sangat terbuka dalam mendengar dan menerima kritikan.
Dia menerima dengan baik apa yang diperkatakan oleh orang lain mengenai dirinya, fikirannya, tindakannya dan memperbaikinya untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti hari ini.
Sumber 5 Pengajaran Yang Kita Boleh Belajar Daripada Elon Musk
0 Response to "5 Pengajaran Yang Kita Boleh Belajar Daripada Elon Musk"
Post a Comment