PARIS: Neymar kembali ke pangkuan skuad Paris Saint-Germain untuk aksi Ligue 1 menentang Montpellier awal pagi esok selepas terlepas dua aksi akibat kecederaan, umum kelab itu hari ini.
Jurulatih PSG, Unai Emery sebelum ini membayangkan Neymar mungkin akan bermain pada hujung minggu selepas mendedahkan bahawa pemain Brazil itu kembali melakukan latihan penuh dan senarai skuad mengesahkan pemain termahal dunia sedia kembali beraksi selepas mengalami kecederaan pada paha kanan.

NEYMAR diejek kerana mengambil penalti dalam penampilan sulungnya pada 2018 yang menafikan peluang Edinson Cavani (kiri) memecah rekod jaringan PSG. - Foto AFP
"Jika tiada masalah, dia akan bermain pada Sabtu, jika dia rasa cukup baik," kata Emery yang sebelum ini memuji penyerang hebat itu.
Emery meminta peminat menunjukkan rasa sayang terhadap Neymar selepas diejek kerana mengambil penalti dalam penampilan sulungnya pada 2018 yang menafikan peluang Edinson Cavani memecah rekod jaringan PSG.
Emery, jurulatih kelahiran Sepanyol itu turut menafikan laporan media mengenai minat ditunjukkan Real Madrid yang kini bergelut isu prestasi terhadap Neymar.
"Neymar akan menjadi pemain terbaik dunia dan dia akan mencapainya bersama kami," kata Emery.

HUJUNG minggu lalu jurulatih Real menyifatkan Neymar (kiri) sebagai 'pemain hebat yang disukai semua orang'. - Foto AFP
Penyokong PSG memberi sokongan terhadap Neymar ketika mereka menewaskan Guingamp 4-2 dalam Piala Perancis, menunjukkan kain rentang bertulis: "Mengejek permain bertentangan dengan nilai kami."
Hujung minggu lalu jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane menyifatkan Neymar sebagai 'pemain hebat yang disukai semua orang'.
"Inilah pemain yang memikat semua orang, seluruh dunia bola sepak. Dia pemain yang hebat," kata Zidane.
Penyokong Madrid mempunyai peluang untuk menilainya apabila kedua-dua PSG dan Real bertemu dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Februari dan Mac. - AFP
Sumber Neymar kembali beraksi
0 Response to "Neymar kembali beraksi"
Post a Comment