
KENTUCKY: Remaja lelaki yang melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Benton baru-baru ini, tidak mempunyai sebarang sasaran, sebaliknya berbuat demikian secara rambang.
Pegawai pendakwa Komanwel, Mark Blankenship, berkata kejadian di Sekolah Tinggi Daerah Marshall itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup.
"Rakaman video itu menunjukkan dengan jelas kejadian berkenaan.
"Kami tidak merasakan suspek memiliki sasaran tertentu," katanya.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama suspek berusia 15 tahun dalam serangan di barat laut Nashville, Tennesse itu dan mereka enggan memberitahu, sama ada suspek ditahan atau tarikh dia dijangka dihadapkan di mahkamah.
"Masyarakat setempat amat berdukacita dengan serangan ini.
"Kami juga tidak menolak andaian kemungkinan ada yang mahu membalas dendam ke atas beliau," kata Blankenship ketika dihubungi melalui telefon.
Dalam kejadian berkenaan, dua pelajar terbunuh manakala 18 pelajar lain cedera, membabitkan termasuk 13 pelajar lelaki dan lima pelajar wanita. - Reuters
Sumber Suspek lepas tembakan rambang
0 Response to "Suspek lepas tembakan rambang"
Post a Comment