Sanchez menyerlah

LONDON: Jose Mourinho memuji persembahan Alexis Sanchez selepas pemain baru dibeli itu mempamerkan aksi cemerlang dalam pusingan keempat Piala FA menewaskan kelab bawahan Yeovil Town 4-0, awal pagi tadi.

Sanchez disenaraikan dalam kesebelasan dan terbabit dengan dua jaringan pertama dihasilkan Marcus Rashford dan Ander Herrera.

Pemain gantian, Jesse Lingard dan Romelu Lukaku menambah dua gol lagi pada penghujung perlawanan untuk kemenangan selesa United ke atas kelab kerdil itu.

AKSI pemain United, Alexis Sanchez bersama Juan Mata (kiri) cuba menghalang pemain Yeovil Town, Omar Sowunmi (tengah) daripada dapatkan bola. - Foto Reuters

"Alexis sangat fantastik, semua orang gembira dengan kedatangannya. Kami mempunyai rangkaian penyerang berbisa dan dia seorang yang matang dan berpengalaman luas."

"Pembabitannya dalam gol kedua menunjukkan kematangan pemain ini," kata Mourinho.

Pengurus itu yang kontraknya baru sahaja disambung United, melakukan beberapa pertukaran dalam perlawanan di Huish Park itu tetapi masih lagi sukar ditandingi pasukan tuan rumah.

Sanchez bergandingan dengan Michael Carrick yang tampil kali pertama sejak September lalu selepas pemain tengah veteran itu menjalani rawatan perubatan.

PEMAIN United, Marcus Rashford (tengah) menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada aksi bertemu Yeovil Town, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Pertembungan kedua-dua pasukan adalah yang kedua dalam Piala FA sejak empat musim lalu dengan United mahu mengelakkan daripada dimalukan pasukan yang sedang bergelut di tangga bawahan Liga Dua.

United mendominasi pada awal perlawanan tetapi gagal mencipta gerakan berbahaya walapun mempunyai Sanchez, Rashford dan Juan Mata di bahagian hadapan.

Sanchez yang memakai jersi ikonik nombor 7 tampil lincah di bahagian kiri, sering menyelinap masuk ke kawasan tengah lawan dan merancang serangan United.

Selepas percubaan di luar kotak penalti tersasar, Sanchez menghantar bola kepada Rashford di dalam kotak penalti yang berjaya disudahkan pemain berusia 20 tahun itu untuk gol pertama United lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, barisan penyerang United bergelut mendapatkan rentak tetapi Sanchez sekali lagi membuka laluan untuk jaringan kedua.

Pemain Chile itu melorongkan bola kepada Herrera yang membolosi gawang lawan dengan rembatan kaki kiri pada minit ke-61.

PEMAIN United, Matteo Darmian diasak pemain Yeovil Town, Jordan Green. - Foto Reuters

Red Devils 'semakin panas' menuju lewat babak perlawanan dengan Lingard dan Lukaku menambah dua gol lagi pada minit ke-89 dan 90 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA.

Dalam perlawanan lain, Sheffield Wednesday menewaskan Reading 3-1.

Esok anak buah Pep Guardiola, Manchester City menghadapi tugas getir menentang Cardiff dan Chelsea menentang Newcastle. - AFP



Sumber Sanchez menyerlah

Related Posts :

0 Response to "Sanchez menyerlah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.