Polis akan memanggil seorang penyampai TV bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersendakan nama bapa Watson Nyambek dalam satu program yang dikendalikannya.
Hina nama Watson Nyambek seperti kambing, polis akan panggil Ammar Titan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, bekas jaguh pecut negara itu membuat satu laporan polis dan kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
“Kita telah meneliti rakaman program TV tersebut.
“Kita juga telah menerima laporan polis daripada Watson Nyambek di Miri pada Isnin.
“Kita mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan.
“Kita akan panggil penyampai TV dan penerbit program berkenaan untuk disoal siasat,” katanya kepada The Star pada Isnin.
Dev berkata, jika disabitkan bersalah, hukumannya adalah penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar (Titan) mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.
Sumber: Mstar
Sumber Hina nama Watson Nyambek seperti kambing, polis akan panggil Ammar Titan
0 Response to "Hina nama Watson Nyambek seperti kambing, polis akan panggil Ammar Titan"
Post a Comment