Banyak lagu bagus, Dayang ‘takut’ artis baru

Dayang memenangi AJL ke-31 menerusi 'Lelaki Teragung' dan dipilih vokal terbaik tiga tahun berturut-turut. — Foto oleh Yusof Mat IsaDayang memenangi AJL ke-31 menerusi 'Lelaki Teragung' dan dipilih vokal terbaik tiga tahun berturut-turut. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 28 Okt — Tiga kali berturut-turut memenangi vokal terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) belum mampu menutup kebimbangan penyanyi Dayang Nurfaizah tahun ini.

Penyanyi Mana Mungkin berkata AJL kali ini menampilkan kelainan apabila banyak penyanyi muda manaruhkan bakat mereka untuk melayakkan diri ke pentas akhir.

“Saya tidak boleh terlalu yakin dengan keadaan sekarang. Kalau perasan, semua penyanyi baru yang bertanding, mereka lebih berani bereksperimen.

“Apatah lagi lagu yang tercalon pula bagus. Sejujurnya saya takut dengan kehadiran mereka.

“Semangat yang ada pada mereka membuatkan saya perlu bekerja keras dan memberikan persembahan lebih baik.

“Saya tidak mahu terlalu selesa kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Dayang, 36, akan berentap di peringkat separuh akhir AJL pada Ahad depan mendendangkan Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan Ajai.

30 lagu layak ke peringkat separuh akhir antaranya Rempuh nyanyian Tomok dan Black, Jangan Menangis (Aizat Amdan) dan Zalikha (Floor88).



Sumber Banyak lagu bagus, Dayang ‘takut’ artis baru

Related Posts :

0 Response to "Banyak lagu bagus, Dayang ‘takut’ artis baru"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect