Lelaki kena marah, selamba onani belakang rumah

Mangsa berkata kejadian yang berlaku di rumahnya sudah dilaporkan kepada IPD Klang Utara semalam. — Paparan skrin GoogleMangsa berkata kejadian yang berlaku di rumahnya sudah dilaporkan kepada IPD Klang Utara semalam. — Paparan skrin GoogleKLANG, 28 Okt ― Seorang wanita di sini dikejutkan dengan kelakuan seorang lelaki yang beronani di belakang rumahnya petang kelmarin.

Aziyana Sudin berkata kejadian 2.20 petang itu berlaku ketika dia mahu mencuci pinggan di dapur dan terlihat kelakuan aneh lelaki berkenaan melalui tingkap.

“Tidak lama kemudian lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu.

“Namun terkejut selepas melihat dia melakukan perkara tidak senonoh. Saya terus memarahinya, namun dia buat tak tahu.

“Selepas saya berkata mahu menghubungi polis, baru dia beredar,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Aziyana, 32, berkata kejadian di rumahnya di Taman Utama di sini sudah dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara semalam.

Katanya, insiden itu seharusnya dijadikan iktibar kepada suri rumah agar kejadian sama tidak lagi berulang.

“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita di luar sana.

“Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah,” dia dilaporkan berkata.



Sumber Lelaki kena marah, selamba onani belakang rumah

Related Posts :

0 Response to "Lelaki kena marah, selamba onani belakang rumah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect