IPT lain perlu dana baiki kedudukan, kata UM

Bajet 2018 menyediakan geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA berjumlah RM400 juta.— Foto ehsan FacebookBajet 2018 menyediakan geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA berjumlah RM400 juta.— Foto ehsan FacebookKUALA LUMPUR, 28 Okt — Universiti Malaya (UM) menggesa institut pengajian tinggi (IPT) lain turut diberikan peruntukan agar mampu memperbaiki kedudukan di peringkat antarabangsa.

Naib canselornya berkata kerajaan perlu berlaku adil kerana kedudukan IPT yang baik akan menarik lebih banyak kepakaran dari luar.

“Jika kerajaan mahu universiti dan kolej cemerlang, mereka perlu lebih berbelanja dan melabur untuk menarik bakat luar.

“Bagaimanapun, ia tidak boleh tertakluk kepada satu atau dua universiti kerana kerajaan perlu berlaku adil dan meningkatkan kedudukan universiti lain.

“Usaha ini akan membantu mengekalkan pendidik antarabangsa,” kata Tan Sri Rafiah Salim.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pelbagai inisiatif bagi menjadikan Malaysia hab pendidikan tinggi serantau.

Bajet 2018 menyediakan geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA berjumlah RM400 juta.

Daripada jumlah tersebut, UM menerima peruntukan khas bagi menyenaraikan universiti itu di kalangan 100 terbaik.

* Baca selanjutnya di Malay Mail Online.



Sumber IPT lain perlu dana baiki kedudukan, kata UM

Related Posts :

0 Response to "IPT lain perlu dana baiki kedudukan, kata UM"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect