BEBERAPA hari lepas Mary Jane ada belek-belek Instagram artis-artis Malaysia. Walaupun yang melintas banyak sekali gambar swafoto yang membosankan, ada satu gambar yang menarik perhatian Mary Jane.
Majalah Forbes pilih Neelofa
Foto yang dikongsi Neelofa pada 14 Mac lalu menerima banyak pujian di ruang komen. Menerusi kapsyen yang ditulis, Neelofa sedang menjalani sesi fotografi bersama sebuah majalah terkenal luar negara, Forbes.
Wah! Rasanya bukan calang-calang orang yang boleh terpilih untuk masuk dalam majalah itu, tak terkejut sangat sebab pilihan mereka sangat tepat. Yela, Neelofa antara selebriti wanita yang paling berjaya di Malaysia.
Boleh dikatakan Neelofa ini mempunyai pakej yang sempurna untuk dijadikan sebagai idola dan inspirasi semua wanita. Mempunyai rupa paras yang cantik, pandai bergaya dan mempunyai perniagaan yang sukses.
Agaknya macam mana hasil gambar fotografi itu. Pasti meletup! Tak sabar Mary Jane nak tengok gambar-gambar Neelofa dalam majalah itu.
Sumber: Utusan Online
Sumber Majalah Forbes pilih Neelofa
0 Response to "Majalah Forbes pilih Neelofa"
Post a Comment