Taakulan sebahagian kesarjanaan Islam, kata ahli akademi

Ahli teologi Isham Pawan Ahmad berkata pihak berkuasa agama masa kini mempunyai masalah dengan pandangan yang mencabar pemahaman lazim.

forum-irfKUALA LUMPUR: Pihak berkuasa agama yang tidak suka akan penggunaan taakul untuk memahami teks Islam berlawanan dengan semangat mencabar pandangan lazim tentang agama, seperti yang diamalkan sarjana Islam di peringkat awal pembangunan perundangan Islam, kata seorang ahli teologi.

Bercakap di forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) tentang soal “Adakah taakulan ancaman kepada kepercayaan dan masyarakat?”, Isham Pawan Ahmad berkata taakulan yang membolehkan Imam Shafi’i mencabar idea agama lazim pada zamannya termasuk Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, yang mana ajaran mereka membawa kepada terbangunnya mazhab Maliki dan Hanafi dalam aliran ahli sunnah wal jamaah.

Isham berkata sekiranya kritikan Shafi’i terhadap sarjana lain dilakukan pada zaman ini di mana pandangan yang menentang dibisukan, beliau akan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa agama akan tangkap beliau,” kata profesor madya teologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Isham berkata Shafi’i menentang banyak idea Imam Malik.

Beliau berkata Nabi Muhammad juga memberontak terhadap masyarakat pada peringkat awal kenabian.

“Islam agama yang mencabar idea mengenai autoriti. Kalau bukan kerana nabi memberontak terhadap autoriti pada zaman itu, Islam tidak akan dapat didirikan,” katanya.

Isham menambah tindakan nabi mencabar status quo mengundang kemarahan pemimpin Arab pada masa itu.

“Seruan Nabi Muhammad tidak akan ditolak sekiranya nabi tidak menyeru kepada mewujudkan masyarakat yang sama rata, di mana tidak akan ada pemimpin bangsawan Arab.”


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Taakulan sebahagian kesarjanaan Islam, kata ahli akademi

Related Posts :

0 Response to "Taakulan sebahagian kesarjanaan Islam, kata ahli akademi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect