Adi Putra fail penceraian, Aida Yusof masih berdiam diri

Selepas berita perceraian antara Adi Putra, 36 dan isteri pertamanya, Aida Yusof, 42, hangat diperkatakan di media massa, wanita itu terus mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan.

 

Bagaimanapun menerusi laman Instagram miliknya yang didaftarkan di bawah nama akaun @aidayusof15, Aida telah memuat naik satu status berbunyi, “Apabila diri kita dijadikan bahan gosip, jangan defensif. Diam sahaja. Jalan terus.”

Baca artikel sebelum: Kemelut berpanjangan, Adi Putra fail cerai terhadap isteri pertama

Malah, Aida juga sempat memuat naik kapsyen yang mengatakan dirinya difitnah, namun tidak menyebut gerangan individu yang memfitnahnya.

“Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tak bersalah.

“Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar,” ujar Aida memetik kapsyen yang dimuatnaiknya.

Dalam pada itu, berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan, Aida sebaliknya tidak berseorangan menempuhi ujian yang dihadapinya kerana mendapat sokongan moral yang tidak berbelah bahagi daripada pengikut di laman sosialnya itu.

Sumber: UTUSAN ONLINE



Sumber Adi Putra fail penceraian, Aida Yusof masih berdiam diri

Related Posts :

0 Response to "Adi Putra fail penceraian, Aida Yusof masih berdiam diri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect