Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Perebutan tanah dipercayai menjadi punca dua saudara bergaduh hingga keduanya mengalami kecederaan pada bahagian anggota badan di sebuah perkampungan di sini, pada 24 Februari lalu.

Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi, ketika wanita berusia 49 tahun bersama suaminya 50-an telah pergi ke rumah arwah ibunya untuk mengambil barang.

Bagaimanapun, menurut sumber, kehadiran mereka tidak disenangi bapa saudaranya yang mendiami rumah berkenaan.

 

Katanya, bapa saudara berusia lingkungan 50-an itu bertindak memarahi pasangan suami isteri itu dengan menghalau mereka.

“Bapa saudara turut beritahu, sesiapa pun tidak boleh balik ke rumah itu dan berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Namun si suami pulang ke rumah untuk ambil telefon bimbit bimbang kejadian buruk berlaku.

“Kembalinya di rumah itu, bapa saudaranya secara tiba-tiba serang suami wanita itu dipercayai menggunakan parang. Suami wanita itu sempat tahan serangan itu gunakan buluh,” katanya.

Menurutnya, dalam pergelutan itu kedua-dua mereka cedera di tangan dan anggota badan.

“Kedua-dua mereka mahu pertahankan diri dari terus dicederakan hingga berlaku pertumpahan darah.

“Bimbang kejadian lebih buruk berlaku, pasangan suami isteri itu beredar dari rumah berkenaan dan membuat laporan polis di balai polis berhampiran demi keselamatan sejurus kejadian,” katanya.

Jelasnya, rumah itu didiami ibu wanita itu namun ibunya meninggal dunia tiga minggu lalu.

“Difahamkan, punca pergaduhan kerana perebutan tanah yang kini masih atas nama nenek kepada wanita dan ibu kepada bapa saudara tersebut.

“Dipercayai, pergaduhan itu bukan kali pertama berlaku sebaliknya kali ketiga dan ternyata kali ini lebih agresif hingga gaduh gunakan parang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan keduanya ditangkap kemudian direman bermula hari ini.

“Kes ini lebih kepada pergaduhan saudara menggunakan parang dan buluh. Luka-luka yang dialami mereka itu akibat kesan buluh dan luka terkena parang semasa pergaduhan,” katanya.

 
 
Sumber: Sinar


Sumber Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah

Related Posts :

0 Response to "Dua saudara bergaduh hingga cedera berebut tanah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect