Dulu gelap di Pulau Pinang, kini BN nampak ‘cahaya’

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Turun Padang di Dewan Milenium, 15 Mac 2018. ― Foto oleh Sayuti ZainudinDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Turun Padang di Dewan Milenium, 15 Mac 2018. ― Foto oleh Sayuti ZainudinKEPALA BATAS, 15 Mac ― Barisan Nasional yakin angin perubahan akan berlaku di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan beberapa kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang mula memberi tamparan kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan, beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap gelap untuk Barisan Nasional (BN), kini mula menampakkan cahaya.

“Tasek Gelugor, Nibong Tebal, Balik Pulau saya pantau... lain-lain Bukit Mertajam  masa gelap diterangkan, Permatang Pauh ada harapan, Jelutong  terus gelap, Bayan Baru insya-Allah  cerah Batu Kawan sedikit cerah, Bagan  cerah tak gelap.

“Saya yakin perubahan besar akan berlaku di Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan program turun padang timbalan perdana menteri di Dewan Millenium di sini hari ini.

​​​​Ahmad Zahid berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anggota-anggota parlimen dan dewan undangan negeri Barisan Nasional di negeri itu yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP.

Beliau berkata kerajaan persekutuan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang keseluruhannya dan banyak perubahan akan dilakukan sekiranya negeri itu berada di bawah pentadbiran yang sama dengan persekutuan.

“Banyak lagi perubahan yang kita akan lakukan...BN tidak boleh membuat pelbagai janji melangit tetapi janji yang kami buat ini insya-Allah akan ditepati.

“Rakyat harus didahulukan sebagai lambang komitmen kita,” katanya.

Pulau Pinang kini di bawah pimpinan kerajaan pakatan harapan apabila DAP menang 19 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri dan PKR 10 kerusi. BN memperoleh 10 kerusi manakala satu kerusi lagi diwakili parti PAS. ― Bernama



Sumber Dulu gelap di Pulau Pinang, kini BN nampak ‘cahaya’

Related Posts :

0 Response to "Dulu gelap di Pulau Pinang, kini BN nampak ‘cahaya’"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.