Tiga OKU kayuh 1,505 km, catat rekod paling jauh

Tiga peserta OKU bersama 36 peserta lain melakukan jelajah kayuhan sejauh 1,505 kilometre sejak 10 Mac lalu. — Foto BernamaTiga peserta OKU bersama 36 peserta lain melakukan jelajah kayuhan sejauh 1,505 kilometre sejak 10 Mac lalu. — Foto BernamaKUALA TERENGGANU, 15 Mac — Tiga orang kurang upaya (OKU) peserta Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia sejauh 1,505 kilometer, bakal mencipta nama dalam The Malaysia Book Of Records (MBR) 2018, sebagai peserta OKU yang menyertai jarak kayuhan terjauh setakat ini.

Presiden Persatuan Sukan Rekreasi OKU Penglihatan Negeri Sembilan Shamsul Anuar Amat Kasi, 47, yang turut menyertai kayuhan itu bersama 36 peserta lain berkata ia bermula dari Rembau, Negeri sembilan pada 10 Mac lepas dan dijadualkan berakhir di Port Dickson pada 25 Mac nanti.   

Beliau yang juga cacat penglihatan berkata kayuhan itu dianjurkan bagi menunjukkan solidariti semua  pihak dalam pembangunan golongan OKU di negara ini, khususnya menerusi bidang sukan.

“Ia memperlihatkan sejauh mana solidariti (rakyat Malaysia) memberi kesan untuk pembangunan bagi komuniti OKU. Dalam program ini juga kita fokuskan pada golongan OKU cacat penglihatan sebagai pemegang rekod tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai di sini hari ini.

Beliau berkata untuk kayuhan ini, golongan OKU sepertinya memerlukan seorang pengemudi di bahagian hadapan basikal bagi menunjuk arah dan mengayuh bersama-sama pengayuh (peserta OKU).

“Kami tidak menggunakan basikal yang berbeza kren, maksudnya rantai kita adalah sama dan kren basikal kita satu di antara hadapan dan belakang. Bila pengemudi kayuh peserta di belakang turut kayuh dan tidak boleh hanya seorang yang mengayuh,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran utama kayuhan itu.

Shamsul Anuar berkata kebanyakan masyarakat perlu memahami konsep sebenar bagaimana ia digunakan dan tidak menganggap mereka yang berada di bahagian belakang basikal tersebut hanyalah penumpang sahaja.

Sementara itu seorang lagi peserta, Mohd Shahir Ramli, 28, yang juga OKU penglihatan berkata berbasikal bagi golongan orang buta bukanlah sesuatu yang mudah seperti mereka yang celik.

“Komunikasi dan koordinasi antara saya dan pasangan berbasikal penting kerana basikal yang digunakan oleh kami memerlukan kemahiran dan cara yang berbeza berbanding basikal yang digunakan secara perseorangan.

“Kalau tidak ada keserasian dan komunikasi yang betul, ia boleh memberi kesan terhadap kayuhan yang dilakukan dan mungkin menyebabkan kami hilang keseimbangan ketika mengayuh basikal,” katanya.

Azman Yeop Akil, 48, yang cacat fizikal pergelangan kaki kanan pula menyertai acara kayuhan itu dengan bantuan kaki palsu dan berazam untuk bersama rakan-rakannya menamatkan jelajah ini. — Bernama



Sumber Tiga OKU kayuh 1,505 km, catat rekod paling jauh

Related Posts :

0 Response to "Tiga OKU kayuh 1,505 km, catat rekod paling jauh"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.