Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Muhammad Syafiq Irfan Sajali dijulang rakan-rakannya selepas memperoleh keputusan 10A+, 15 Mac 2018. ― Foto BernamaKULIM, 15 Mac ― “Jangan peduli kata orang” – Itu azimat yang dipegang pelajar terbaik kategori istimewa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, Muhammad Danial Fitri Ghazali untuk meraih keputusan cemerlang.
Meskipun pernah dibuli akibat kekurangan yang dialami iaitu bentuk badan yang senget di sebelah kiri, pelajar SMK Padang Serai itu yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal berjaya meraih 6A 2B 1C dengan gred purata 2.0.
“Saya beri perhatian sepenuhnya di sekolah dan dalam masa yang sama, selalu mencari bahan melalui internet. Jika di rumah pula, saya hanya buat latihan ringan dan rehat.
“Saya memang tak pergi tuisyen dan menolak tawaran untuk tinggal di asrama kerana di rumah lebih selesa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2017 peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.
Keputusan peperiksaan SPM peringkat negeri Kedah itu diumumkan oleh pengarah pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan.
Lebih menarik, dia hanya bergantung kepada latihan dan tunjuk ajar cikgu di sekolah dan ini langsung tidak memberi masalah kepadanya untuk bersaing dengan pelajar lain.
Sementara itu, prinsip menjaga akhlak yang menjadi pegangan Zainab Zuhaira Khair Zakaria berjaya meletakkannya antara 14 pelajar terbaik di seluruh Kedah.
Pelajar Maktab Mahmud Sik itu menjelaskan, dia memang tidak menyangka akan mendapat 10A+ dalam peperiksaan tersebut.
“Masa percubaan, saya agak susah hati kerana tidak mendapat keputusan yang baik tetapi atas nasihat guru dan ibu bapa, saya bangkit semula.
“Malah pesan ibu saya yang selalu minta saya menjaga hubungan dengan Allah dan juga guru dengan bersikap baik akan mendapat balasan memang ternyata benar” katanya. — Bernama
Sumber Kena buli bukan alasan, pelajar OKU dapat 6A
0 Response to "Kena buli bukan alasan, pelajar OKU dapat 6A"
Post a Comment