Para penuntut mengambil keputusan SPM masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Seri Aman di Petaling Jaya, 15 Mac 2018. ― Foto oleh Yusof Mat Isa
KEPALA BATAS, 15 Mac ― Walaupun kurang mengulangkaji pelajaran, anak seorang pekerja kilang diumum antara pelajar cemerlang yang mendapat 11A.
Muhamad Amir Azizan, 18, termasuk antara 16 pelajar SMK Agama Al-Irshad di sini yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Remaja itu tidak menyangka memperolehi kejayaan itu, kerana hanya keputusan yang baik sudah memadai buat dirinya, lapor Berita Harian.
“Saya [...] berulang alik dari rumah ke sekolah sehingga menyebabkan masa belajar tidak konsisten kerana kurang membuat ulang kaji,” katanya.
“Namun, saya menumpukan perhatian penuh ketika pembelajaran dalam kelas selain turut mendapat bantuan daripada rakan-rakan...”
Katanya, orang tuanya Azizan Dahman, 62, dan Azilawati Abdullah, 53, tidak marah jika keputusan di sekolah tidak baik kecuali terus memberi nasihat.
Guru sangka dapat 7A
Di Baling pula, seorang penjual burger tidak dapat menyeka air mata apabila anak sulungnya Muhammad Zharif diumum mendapat 11A, lapor Sinar Harian.
“Saya memang tidak sangka langsung yang dia akan dapat 11A, sungguh saya ingatkan keputusannya biasa saja,” kata Mad Syukri Alias @ Fazli Mohd Desa, 40.
“Bila cikgu umum saja keputusan dalam dewan, saya, isteri dan mak yang hadir tidak dapat tahan air mata daripada mengalir.”
Pelajar SMK Agama Baling itu terkejut keputusan yang diterimanya hari ini kerana hanya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan percubaan.
Guru sekolahnya pula hanya mensasarkan beliau mendapat 7A dalam SPM.
“Tidak sangka keputusan hari ini, lepas percubaan, saya beri tumpuan lebih dalam mata pelajaran. Alhamdulillah usaha itu buahkan hasil,” katanya.
Sumber Walau kurang ulang kaji SPM, pelajar hebat dapat 11A
0 Response to "Walau kurang ulang kaji SPM, pelajar hebat dapat 11A"
Post a Comment