Tanpa perlu ubah suai yang besar apartment berusia 18 tahun ini berubah menjadi seperti kondo mewah!
Melihat luaran mahupun dalaman apartmen yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ini boleh di katakan ia biasa-biasa sahaja dan mungkin tiada apa yang menarik. Namun tidak di sangka kebijaksanaan Anith Syazana mendekorasi unit apartmen yang di belinya enam tahun lepas ini mampu berubah menjadi seperti sebuah kondominium mewah tanpa perlu melakukan pengubahsuaian yang besar.
Tanpa perlu ubah suai yang besar apartment berusia 18 tahun ini berubah menjadi seperti kondo mewah!
Tampil dengan konsep moden kotemporari dengan tema warna hitam dan putih menyerlahkan lagi gaya glamor dan elegan pada setiap ruang. Kami tertarik untuk berkongsikan idea-idea menarik daripada Anith Syazana ini sebagai inspirasi buat anda.
Semasa membeli unit apartmen yang hanya berkeluasan 800kaki persegi ini ianya hanya kosong sahaja. Sedikit demi sedikit di usahakan oleh Anith Syazana untuk merubahkan gayanya menjadi lebih sempurna. Bermula dengan menukar lantai tiles dan siling plaster. Selebihnya fokus pada pemilihan perabot, cat dinding dan susun atur. Kos untuk semuanya termasuk perabot tidak lebih daripada 10 ribu.
Anda jangan terkejut!! Segala kerja-kerja seperti mengecat dinding dan pintu, pasang wallpaper dan hiasan pada dinding semuanya di buat sendiri oleh Anith Syazana. Ini termasuklah dinding jalur hitam putih di ruang tamu. Sekali pandang seperti menggunakan kertas dinding bukan tetapi sebenarnya menggunakan cat air. Jangan kata perempuan tak mampu nak mengecat. Hasilnya memang superb!
Pemilihan warna hitam dan putih secara tidak langsung mencipta ilusi luas pada ruang yang sebenarnya sempit dan terhad. Di tambah pula dengan pengunaan cermin menjadikan ruang tampil begitu sempurna.
Sumber : Impiana
0 Response to "Tanpa perlu ubah suai yang besar apartment berusia 18 tahun ini berubah menjadi seperti kondo mewah!"
Post a Comment