Istilah perkataan I.B.U bagi Rozita Che Wan
Dialah seorang anak, isteri dan pastinya ibu kepada tiga orang cahaya mata. Dua anak lelaki bujangnya hasil perkahwinan terdahulu. Perkahwinan terbarunya dengan pelakon kacak, Zain Saidin, dia dikurniakan seorang puteri yang sungguh comel. Siapa yang tidak kenal dengan primadona Rozita Che Wan ini.
Bagi Rozita Che Wan atau mesra dengan nama Che Ta, hari ibu yang sebenarnya bagi pelakon cantik ini adalah saat melihat kejayaan anak-anak dan dapat membahagiakan mereka.
Istilah perkataan I.B.U bagi Rozita Che Wan
“Saya rasa bertuah dapat bergelar ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar dan menginjak usia remaja ini,” ujarnya.
Bercakap mengenai hari ibu, Che Ta mengakui, biasanya anak-anak dan suami yang membuat rancangan sambutan hari ibu untuknya. Biasanya, mereka merancang untuk makan beramai-ramai atau percutian ke destinasi idaman bagi merehatkan minda.
“Itu antara aktiviti yang kami lakukan bersama sebagai tanda menghargai di antara satu sama lain. Anak-anak yang sudah besar pula, biasanya memberikan saya hadiah istimewa. Sebenarnya saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah atau sambutan pun. Bagi saya, asalkan mereka bahagia dan berjaya dalam kehidupan, itu sudah memadai,” ujar Che Ta sambil memberitahu dapat memenuhi keperluan anak-anak adalah kepuasan tidak terhingga baginya.
Menyentuh mengenai sukarkah menjadi ibu kepada anak-anak yang sedang membesar, Che ta mengakui dia tidak menganggap membesar dan mendidik anak-anak itu sebagai satu kesulitan, malahan itulah detik atau momen paling indah dalam hidupnya.
“Saya mahu menikmati momen indah itu di depan mata sendiri. Melihat mereka membesar dengan pelbagai keletah amat menghiburkan hati. Segala kepenatan bagaikan hilang melihat senyum dan tawa anak-anak. Saya tidak akan dapat mengulangi lagi detik-detik indah itu apabila mereka sudah dewasa dan ada kehidupan mereka sendiri.
“Kerana itu kami selalu bercuti bersama-sama. Semua anak-anak ada bersama saya. Ke mana sahaja saya pergi, mereka tidak mahu saya tinggalkan. Terbaru kami ke Amterdams, tetapi anak kedua iaitu Aniq tidak dapat ikut sama kerana dia baru sahaja seminggu daftar di Taylors University. Kebiasaannya ke mana sahaja pergi, tidak lengkap andai tidak bersama,” ujar ibu jelita ini.
Ditanya mengenai momen hari ibu yang paling melekat di hatinya, Che Ta, tidak mampu memberi jawapan pasti, kerana baginya setiap masa bersama anak-anaknya, adalah momen terindah dan sentiasa dekat lekat di hatinya. Cuma bezanya Hari Ibu ada sambutan istimewa.
“Hubungan rapat di antara kami menjadikan kami sangat akrab. Suami dan anak-anak adalah sahabat karib saya di samping ahli keluarga yang lain. Pada saya keluarga paling utama. Perkara yang lain sudah jadi nombor dua dalam fikiran saya.
“Dengan adanya Aaisyah Dhia Rana lebih menyerikan lagi kehidupan kami sekeluarga. Setiap hari saya, suami dan abang-abangnya teruja melihat Aaisyah membesar. Dia makin bijak, keletah dan menghiburkan. Saya tidak mahu terlepas daripada mengikuti perkembangannya setiap hari,” ujarnya.
Bercerita kehidupannya keluarga yang nampak mewah, Che Ta ada sebab utama dia beri hak tertentu kepada anak-anaknya setelah dia berusaha keras dalam dunia seni.
Sumber : Mingguan Wanita
0 Response to "Istilah perkataan I.B.U bagi Rozita Che Wan"
Post a Comment