Sekat 10 kali, Yuna masih diganggu komen unsur seks

Penyanyi Yuna menyekat akaun Instagram milik individu yang menghantar komen berunsur seks lebih 10 kali. — Foto ihsan Intagram/Yuna MusicPenyanyi Yuna menyekat akaun Instagram milik individu yang menghantar komen berunsur seks lebih 10 kali. — Foto ihsan Intagram/Yuna MusicKUALA LUMPUR, 18 Mac — Penyanyi Yuna diganggu individu yang menghantar komen berunsur seks sejak enam bulan lalu.

Nama sebenar Yunalis Zarai, beliau sudah menyekat akaun individu tersebut lebih 10 kali tetapi dia muncul semula dengan akaun baru, lapor Harian Metro.

Penyanyi "Deeper Conversation" itu juga "sudah mengikut semua langkah disuruh pusat bantuan" Instagram tetapi belum berhasil.

"Tolong @Instagram bantu saya tamatkan serangan seksual dalam talian? Ada emel tertentu untuk saya hantar gambar atau "screencaps" mengenai serangan itu?" katanya di Twitter.

Bekerja di Amerika Syarikat, Yuna, 32, berkahwin dengan Adam Sinclair pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.



Sumber Sekat 10 kali, Yuna masih diganggu komen unsur seks

0 Response to "Sekat 10 kali, Yuna masih diganggu komen unsur seks"

Post a Comment