Berlumba turun bukit, geng remaja basikal lajak ditahan

Polis Barat Daya menahan sekumpulan remaja yang berlumba dengan menunggang basikal lajak. — Paparan skrin GooglePolis Barat Daya menahan sekumpulan remaja yang berlumba dengan menunggang basikal lajak. — Paparan skrin GoogleBALIK PULAU, 18 Mac — Sekumpulan penunggang basikal lajak yang sedang leka berlumba menuruni bukit di Jalan Titi Serong-Batu Hitam di sini tergamam selepas mereka ditahan polis malam tadi.

Ketua polis daerah Barat Daya Supt AA  Anbalagan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja lelaki sedang berlumba basikal lajak di kawasan itu kira-kira pukul 11 malam tadi.

"Sepasukan anggota trafik telah dihantar ke lokasi dan mendapati terdapat sekumpulan budak lelaki menggunakan basikal lajak sedang menunggang secara bersaing menuruni cerun bukit di Jalan Titi Serong secara berbahaya di atas jalan raya.

"Polis berjaya menahan tujuh penunggangnya berumur 10 hingga 15 tahun dan merampas basikal mereka. Semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk tindakan saman," katanya di sini hari ini.

Katanya polis turut memanggil ibu bapa dan penjaga tujuh penunggang basikal lajak berkenaan untuk tindakan lanjut serta memberi nasihat. — Bernama



Sumber Berlumba turun bukit, geng remaja basikal lajak ditahan

0 Response to "Berlumba turun bukit, geng remaja basikal lajak ditahan"

Post a Comment