Masih teliti senarai, Najib mahu umum calon BN lebih awal

Datuk Seri Najib Razak pada sidang media ketika menghadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak pada sidang media ketika menghadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia 2018. — Foto BernamaSYDNEY, 18 Mac — Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengumumkan calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lebih awal berbanding dua atau tiga hari sebelum PRU seperti diamalkan selama ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN berkata ini supaya BN dapat menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku di sesuatu kawasan selain calon boleh bersedia awal.

“Kita akan umum lebih awal kali ini tetapi tidaklah terlalu awal. Kalau ada sesuatu permasalahan di kawasan itu kita ada masa untuk betulkan. Juga persediaan untuk yang jadi calon sebab dia dah tau jadi calon,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Ahad.

Najib berkata  beliau telah memiliki senarai awal calon tetapi memerlukan masa untuk membuat penelitian sebelum membuat pengumuman mengenainya.

“Kita masih lagi meneliti senarai calon. Kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti sepenuhnya dan juga mendapat penilaian SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan pihak-pihak lain… (Belum muktamad) selagi belum diumumkan dan pihak berkenaan tak terima watikah, dia kena terima warkah (dipilih sebagai calon),” katanya.

Najib berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia 2018 selama dua hari bermula Sabtu. — Bernama



Sumber Masih teliti senarai, Najib mahu umum calon BN lebih awal

0 Response to "Masih teliti senarai, Najib mahu umum calon BN lebih awal"

Post a Comment