“Seronok, katanya hilang rindu” – Pelajar Malaysia Teruja Terjumpa Myvi Dekat Scotland

Kereta Myvi memang dah sinonim dengan ‘kerenahnya’ di atas jalan raya ni, sampai orang ramai menggelarkan model kereta ini sebagai King of Road.

Malah,  kereta ini juga boleh dianggap sebagai satu simbolik kereta paling terkenal di Malaysia, harga mampu milik tetapi mempunyai sisi luas.

Rindu kereta dekat Malaysia

Baru-baru ini, kereta Myvi sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila ada pelajar sini terjumpa kereta tersebut di Scotland.

Ia dikongsikan oleh individu yang dikhabarkan ibu kepada pelajar tersebut, Mahziah Ramly. Gambar yang menunjukkan anaknya bersama rakannya dengan Myvi hijau keluaran tahun 2005 itu, dikongsikan dalam satu group MYVI CLUB MALAYSIA.

Menurut Mahziah, gambar itu diambil kerana anaknya juga memiliki kereta jenis yang sama di Malaysia dan akui rasa rindu.

Anak saya yg study di Edinburgh hantar gambar ni. Seronok katanya hilang rindu pada kereta myvinya yg warna biru kat Malaysia bila lihat ada myvi ni di Scotland.”

Sudah semestinya ia menjadi tumpuan netizen apabila melihat Myvi ada di luar negara. Malah, ada juga netizen yang komen mereka mempunyai pengalaman lebih kurang sama apabila ternampak kereta Proton di Australia.

Komen Netizen:

Jauh King merantau – Netizen

Agak-agak kat Scotland dia King tak?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "“Seronok, katanya hilang rindu” – Pelajar Malaysia Teruja Terjumpa Myvi Dekat Scotland"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect