Suka Hatilah Kalau Saya Nak Throwback Gambar Dengan Ude Wahid, Apa Masalahnya Sekarang Wahai Makcik Bawang? - Intan Saleh



Disebabkan Intan Saleh memuat naik gambar anak-anak bersama Ude Wahid, ada pihak yang kurang senang dengannya.

Namun Intan berasa tiada apa yang salah memandangkan itu adalah kenangan bersama bekas suaminya.


"Suka hati nak letak gambar throwback ke apa... apa masalah sis? Aku nak letak gambar kenangan aku bersalin suami dulu teman pun boleh la. Gambar kahwin aku pun boleh... Apa masalahnya?" luah Intan dalam Insta Story sebelum bertindak memadamnya.

Tambah Intan lagi, "Tb (throwback) je pun bukan tibai (rampas) laki (suami) orang sah-sah bapa anak-anak aku juga. Sorry terkasar bahasa sikit,"


Ramai netizen menyokong Intan yang akhirnya berani bersuara.

Sebelum ini pun dia berdiam diri kerana itu merupakan pilihannya dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak.



"Konon selama ini aku tak berani bersuara kerana banyak makan budi kau, tolong sikit, nak ke aku bersuara?"

Intan juga bersedia menemui individu yang dimaksudkan itu jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan.



Tabahlah Intan. Biasalah mulut orang memang tak boleh dihalang. -CARI



Sumber Suka Hatilah Kalau Saya Nak Throwback Gambar Dengan Ude Wahid, Apa Masalahnya Sekarang Wahai Makcik Bawang? - Intan Saleh

0 Response to "Suka Hatilah Kalau Saya Nak Throwback Gambar Dengan Ude Wahid, Apa Masalahnya Sekarang Wahai Makcik Bawang? - Intan Saleh"

Post a Comment