Tidak pernah dapat kelulusan KKM, doktor pakar terkenal saran netizen sepakat ‘report’ peniaga pendakap gigi palsu yang cuma berkiblatkan keuntungan semata-mata.



‘fake braces’ ini mudah didapati di laman media sosial dari peniaga atas talian malah pemasangan pendakap tersebut boleh dilakukan sendiri di rumah dengan merujuk kepada video tutorial melalui internet.

Semalam, mitos ini telah tular di Twitter apabila seorang gadis yang menggunakan nama @iera.tajudin telah mempromosikan ‘fake braces’ di Insta Story miliknya.


Menjual ‘fake braces’ adalah diharamkan!
Berikutan itu, seorang doktor terkenal Dr Amalina Bakri telah tampil berkongsi informasi kepada semua rakyat Malaysia mengenai alat pendakap berkenaan yang diharamkan.

Malah beliau turut menggesa orang ramai untuk ‘report’ akaun Instagram @iera.tajudin kerana menjual barangan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.



Baca poster tu!

Tidak cukup dengan itu, doktor pakar gigi turut tampil memberitahu kesan buruk bagi pengguna yang berhasrat untuk memasang pendakap gigi tiruan itu.



Minta lapor pada pihak berkuasa…



Baru habis belajar dah jual braces…

Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen pada posting berkenaan dengan mengapa perlu segelintir masyarakat sanggup memudaratkan kesihatan mereka demi kecantikan.




Kesimpulannya, walaupun penggunaan ‘fake braces’ ini digemari pada golongan remaja, namun ia akan memberi kesan buruk pada gigi pada masa akan datang.

Sumber: Dr Amalina via ohmymedia


Sumber Tidak pernah dapat kelulusan KKM, doktor pakar terkenal saran netizen sepakat ‘report’ peniaga pendakap gigi palsu yang cuma berkiblatkan keuntungan semata-mata.

0 Response to "Tidak pernah dapat kelulusan KKM, doktor pakar terkenal saran netizen sepakat ‘report’ peniaga pendakap gigi palsu yang cuma berkiblatkan keuntungan semata-mata."

Post a Comment