Inilah Padahnya Bila Sistem Cukai Diubah Sesuka Hati Walaupun Kerajaan Barisan Nasional Dulu Dah Beri Amaran - Najib Razak



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan perasaan terkejut beliau dengan kenyataan menteri berkaitan harga barang selepas kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disifarkan awal bulan lalu.

“ Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan menteri Pakatan Harapan yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum PRU.

“ Pada masa itu, Pakatan Harapan tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri,” luahnya.



Najib berkata demikian sewaktu berkongsi pautan berita di Malaysiakini semalam yang melaporkan penurunan rendah harga barangan menyebabkan rakyat belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST berkadar sifar.

Laporan Bernama itu memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi serta lain-lain.



Saifuddin turut menjelaskan harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran ‘mamak’, yang malah ada yang menaikkan harga.

Beliau berkata kementerian memberi nasihat dan amaran sebelum tindakan undang-undang dilaksanakan.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Najib memberitahubeliau bimbang apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula dan diperluas September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi.

Ini, menurutnya memandangkan harga barang tidak turun selepas GST disifarkan.



“ Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 tentang ini,” katanya.

Beliau berharap kerajaan akan mencari jalan bagi memastikan kebimbangan itu tidak menjadi kenyataan.

-malaysiakini

Sumber Inilah Padahnya Bila Sistem Cukai Diubah Sesuka Hati Walaupun Kerajaan Barisan Nasional Dulu Dah Beri Amaran - Najib Razak

0 Response to "Inilah Padahnya Bila Sistem Cukai Diubah Sesuka Hati Walaupun Kerajaan Barisan Nasional Dulu Dah Beri Amaran - Najib Razak"

Post a Comment