Wanita tiba-tiba melompat ke tengah jalan dan depakan tangan, lori terlanggar manakala bas ekspres terbalik di parit

WANITA berusia 20-an, yang tiba-tiba melompat ke tengah jalan dan mendepakan kedua-dua tangannya maut dirempuh lori di Jalan Tuaran berhampiran stesen minyak Tebobon, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, wanita yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati mangsa ke tengah pembahagi jalan lalu tiba-tiba melompat ke tengah jalan dengan mendepakan kedua-dua tangannya di tengah jalan lorong kanan.

“Pada masa sama, sebuah bas ekspres yang berada di lorong kanan terkejut lalu mengelak sebelum terbabas dan terbalik di parit.

“Sebuah lori yang berada di belakang bas ekspres berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa sebelum terbabas,” katanya ketika dihubungi.

George berkata, akibat kejadian itu, mangsa maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori dan bas ekspres cedera.

“Beberapa penumpang di dalam bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Wanita tiba-tiba melompat ke tengah jalan dan depakan tangan, lori terlanggar manakala bas ekspres terbalik di parit

Related Posts :

0 Response to "Wanita tiba-tiba melompat ke tengah jalan dan depakan tangan, lori terlanggar manakala bas ekspres terbalik di parit"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect