Mendebarkan! Akhirnya Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan dan mara ke final badminton Olimpik Rio

Mendebarkan! Akhirnya Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan dan mara ke final badminton Olimpik Rio

Mendebarkan! Akhirnya Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan dan mara ke final badminton Olimpik Rio

Rio, 19 Ogos – Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki selepas berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan, dalam perlawanan semifinal sebentar tadi.

Chong Wei dilihat bangkit memenangi set kedua dan set ketiga selepas kalah 15-21 dalam set pertama.

Set kedua menyaksikan Chong Wei menang bergaya dengan mata 21-11 manakala set ketiga pula melihat Chong Wei menang 22-20 ke atas Lin Dan selepas pertempuran sengit antara dua jaguh badminton dunia itu.

Set ketiga perlawanan itu merakamkan aksi mendebarkan kedua-dua pemain itu yang dilihat mendominasi permainan secara selang-seli.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei memastikan sekurang-kuranganya pingat perak dibawa pulang olehnya untuk olimpik kali ini.

 

 

Sumber : SK



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Mendebarkan! Akhirnya Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan dan mara ke final badminton Olimpik Rio"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect