Tidak puas hati polis datang menangkap abangnya yang positif dadah, seorang wanita menumbuk dan menyepak anggota polis sehingga berlaku pergelutan.
Wanita itu enggan membenarkan abangnya, 29 tahun, ditahan dalam satu serbuan jenayah narkotik di rumahnya di Kampung Tepi Sungai, Tanah Merah petang kelmarin, lapor Harian Metro.
Wanita muda sepak dan tumbuk polis, marah abang ditahan
“Sebaik mahu membawa keluar suspek, wanita terbabit memarahi pegawai polis dengan nada tinggi sambil berkata ‘apa hak kamu nak datang tangkap di rumah saya? Saya tidak benarkan’.
“Walaupun selepas diterangkan maksud kehadiran dan ditunjukkan kad kuasa, wanita itu masih meninggikan suaranya dan menolak, menumbuk badan serta menyepak kaki pegawai.
“Berlaku pergelutan ketika wanita itu mahu ditahan,” kata ketua polis daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad. Jari kelingking seorang pegawai luka akibat pergelutan itu, tambahnya.
Wanita terbabit disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Nak halang abang ditangkap hisap dadah, adik perempuan sepak dan tumbuk polis"
Post a Comment