“Kami minta duit kami bukan minta sedekah” – Adibah Noor dedah ada artis perform di Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran dengan alasan pihak tertentu sibuk dengan Bajet 2018

"Kami minta duit kami bukan minta sedekah" - Adibah Noor dedah ada artis perform di Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran dengan alasan pihak tertentu sibuk dengan Bajet 2018

“Kami minta duit kami bukan minta sedekah” – Adibah Noor dedah ada artis perform di Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran dengan alasan pihak tertentu sibuk dengan Bajet 2018

 

 

ni update dari Adibah Noor:

 

 

Penyanyi Adibah Noor dedah artis ‘perform’ Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran

SEHARI selepas pembentangan Bajet 2018, penyanyi Adibah Noor yang pernah menjuarai Anugerah Muzik-muzik dengan lagu Terlalu Istimewa mendedahkan bahawa rakan-rakannya yang membuat persembahan ketika penutupan Temasya Sukan Sea 2017 tempoh hari masih tidak mendapat bayaran.

Adibah meluahkan rasa sedih dan sakit hatinya, melalui laman sosial Facebook selepas mendengar keluhan rakan-rakan artisnya yang terlibat membuat persembahan dalam Penutupan Temasya Sukan SEA 2017 tempoh hari.

“Agak sedih, dan sakit hati juga, mendengar keluhan kawan-kawan yang perform masa closing Sea Games hari tu masih belum dapat bayaran,” luahnya.

“Alasan yang telah digunakan ialah: pihak-pihak tertentu sibuk prepare untuk #Bajet2018. Harap-harap selepas pembentangan semalam, pihak tersebut cepat-cepatkanlah payment tu ya, sebab mesti yang tu dari #Bajet2017 kan?” Soalnya.

“Kerja kami ni berkais, dan jarang-jarang dapat apa-apa pembelaan,” tambahnya.

Susulan pendedahan itu, beberapa orang lagi turut mengakui  bahawa bukan sahaja artis yang membuat persembahan tidak mendapat bayaran, malah sukarelawan dan para penari juga masih belum menerima wang yang dijanjikan.

Ada juga sukarelawan yang didakwa gaji diterima mereka telah dipotong dengan pelbagai alasan, sekaligus menyebabkan bayaran yang diterima kurang daripada yang asalnya dijanjikan kepada mereka.

Malah salah seorang yang terlibat mendakwa pasukan peguamnya mahu mengambil tindakan undang-undang berkaitan isu berkenaan.

Upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tempoh hari dilaporkan dengan tema ‘Bangkit Bersama’ berlangsung penuh warna-warni dan gilang gemilang, yang digabungkan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan negara ke-60.

Kemeriahan itu seiring dengan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 kali ini apabila meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk jumlah keseluruhan 323 pingat.

Via: Pisang Daily



Sumber “Kami minta duit kami bukan minta sedekah” – Adibah Noor dedah ada artis perform di Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran dengan alasan pihak tertentu sibuk dengan Bajet 2018

Related Posts :

0 Response to "“Kami minta duit kami bukan minta sedekah” – Adibah Noor dedah ada artis perform di Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran dengan alasan pihak tertentu sibuk dengan Bajet 2018"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect