Pelumba MotoGP Pasukan Ducati Andrea Dovizioso menamatkan saingan di perlumbaan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. — Foto BernamaSEPANG, 29 Okt — Pelumba Itali dari pasukan Ducati, Andrea Dovizioso mempertahankan kejuaraannya dalam MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2017, selepas mencatatkan masa 44 minit dan 51.497 saat di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo di tempat kedua dengan catatan masa 44:52.240s sementara Johann Zarco yang berlumba kali pertama dalam MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3 pada musim ini di kedudukan ketiga dengan masa 45:01.235s.
Juara bertahan bagi Kejohanan Dunia ini Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan 45:09.260s.
Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP melepasi garisan penamat di tempat ketujuh dengan masa 45:22.266s.
Keseluruhan perlumbaan MotoGP 20 pusingan itu berlangsung dalam keadaan litar basah selepas hujan sebelum pelepasan pelumba. — Bernama
Sumber Dovizioso pertahan juara MotoGP Sepang
0 Response to "Dovizioso pertahan juara MotoGP Sepang"
Post a Comment