Zahid berkata setiap orang tertakluk di bawah undang-undang tidak kira mempunyai gelaran atau tidak. — Foto BernamaKAJANG, 29 Okt — Polis sudah mengenal pasti “Datuk Seri” yang didakwa memukul tiga anggota Rela pada Jumaat, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata suspek diminta menyerah diri kepada pihak polis, lapor The Star.
“Setiap orang tertakluk di bawah undang-undang tidak kira mempunyai gelaran atau tidak.
“Memiliki ‘Datuk’ bukan lesen untuk berbuat demikian,” beliau dilaporkan berkata.
Suspek didakwa memukul tiga anggota Rela selepas tidak berpuas hati apabila keretanya diminta untuk dialihkan.
Ketika ditanya sama ada semua anggota Rela dilatih dengan seni mempertahankan diri, Zahid berkata sukar untuk berbuat demikian.
“Terdapat kira-kira 3.05 juta ahli, ia mustahil. Mereka juga adalah sukarelawan.
“Bagaimanapun kita menawarkan latihan kepada mereka yang menjalankan tugas seperti keselamatan,” katanya.
Sumber Zahid seru ‘Datuk Seri’ pukul anggota Rela serah diri
0 Response to "Zahid seru ‘Datuk Seri’ pukul anggota Rela serah diri"
Post a Comment