Budak tunggang motor maut, langgar ambulans

Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. — Foto ihsan Facebook/AdindaMayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. — Foto ihsan Facebook/AdindaTAIPING, 29 Okt — Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah ambulans di Jalan Kampung Senduk dekat sini, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Izuan Che Ibrahim berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Hazim Mohd Nasir, 11, manakala tiga lagi cedera iaitu kakak mangsa yang membonceng motosikal itu dikenali sebagai Amira, 12, serta pemandu ambulans dan jururawat.

Katanya, dalam kemalangan kira-kira 11 pagi itu, ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Taiping untuk mengambil pesakit di kawasan kampung itu sebelum bertembung dengan motosikal terbabit.

“Bomba menerima panggilan pada 11.11 pagi dan sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal yang terperosok di bawah ambulans telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala semua yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, katanya. — Bernama



Sumber Budak tunggang motor maut, langgar ambulans

Related Posts :

0 Response to "Budak tunggang motor maut, langgar ambulans"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect