Menteri Pendidikan bakal benarkan pelajar sekolah rendah dan menangah bawa gajet ke sekolah

Seiring dengan dunia yang lebih moden serta perkembangan teknologi terkehadapan, kemungkinan dasar membabitkan penggunaan peranti dalam Kementerian Pendidikan akan diubah.

Menteri Pendidikan bakal benarkan pelajar sekolah rendah dan menangah bawa gajet ke sekolah

Menteri Pendidikan bakal benarkan pelajar sekolah rendah dan menangah bawa gajet ke sekolah

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapati adalah elok untuk membenarkan peranti di semua peringkat persekolahan sama ada sekolah rendah mahupun menengah apatah lagi banyak negara lain seperti Korea Selatan dan Jepun menggunakannya dalam pembelajaran.

“Saya fikir elok kami benarkan peranti ini. (Cuma kami) belum mesyuarat lagi. Kami tak tahu lagi jenis (peranti) hendak bawa (ke sekolah).

“Ada yang saya baca sebagai contoh di luar dia (pelajar) belajar sains, waktu 10.30 (pg) hingga 11.30 (pg). Jadi, dia punya peranti boleh buka 10.30 (pg) hingga 11.30 (pg). Nanti ada satu subjek lagi dia boleh buka peranti 12.20 (tengah hari) hingga jam 1 (tengah hari).

“Ada negara macam itu. Ada waktu untuk (penggunaan) peranti. Ada negara yang dia bagi tiga subjek untuk peranti, lain tak ada peranti. Jadi, kita kena kajilah. Kita kaji mana yang lebih baik,” katanya pada sidang media di Wisma Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), di sini, semalam.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Buku Siri Sukan Terbitan ITBM dan Perjanjian Kerjasama Penerbitan Antara ITBM-Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM).

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, sambungan Internet ketika ini dilihat secara keseluruhan mengikut demografi terbahagi kepada empat jenis segmen di mana geografi sekolah berada iaitu bandar, sub-bandar, luar bandar dan pedalaman.

“Jadi, kalau sambungan Internet ini yang paling rendah tak melepasi 4G, kami boleh sebut lebar jalur ia mungkin 2 megabit sesaat (Mbps). Kebanyakan tempat ini sedang diusahakan untuk ditingkatkan sambungan.

“Malah, saya mengarahkan kepada syarikat yang mengendalikan Bestari Net sekurang-kurangnya setiap sekolah mencapai 6 Mbps. Dan ada sekolah di bandar boleh capai 15 dan 20 Mbps,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ITBN perlu lebih kreatif mencari peluang dan ruang bagi memperbanyakkan bahan bacaan di dalam negara.

Malah katanya, selari dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan, institusi itu juga perlu melihat elemen berkenaan dalam melakukan terjemahan atau penilaian kepada buku.

“Sebab setiap peperiksaan daripada UPSR sehingga kepada SPM kami masukkan elemen 30 peratus KBAT. Semua buku, sistem pembelajaran dan pengajaran ada elemen KBAT,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Menteri Pendidikan bakal benarkan pelajar sekolah rendah dan menangah bawa gajet ke sekolah

Related Posts :

0 Response to "Menteri Pendidikan bakal benarkan pelajar sekolah rendah dan menangah bawa gajet ke sekolah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect