Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham kedua terbesar di dalam kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven) dengan pemilikan 8.44 peratus atau 93.7 juta saham.
Beliau dikenali sebagai seorang pelabur yang bijak dan mempunyai minat tinggi terhadap syarikat dan perniagaan yang memiliki asas kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik.
7-Eleven mencatatkan perolehan sebanyak RM2.10 bilion dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM70.82 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Pada Jun lalu, 7-Eleven Malaysia menyaksikan Berjaya Retail Bhd., (B-Retail) melupuskan sebanyak 6.5 juta saham, mengurangkan kepentingannya kepada 37.05 peratus atau 411.37 juta saham.
Ditubuhkan pada 1984, 7-Eleven adalah pengendali kedai serbaneka 24 jam perintis dan terbesar di Malaysia dengan lebih 2,100 outlet di seluruh negara.
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
#Pemilik Aset Kedua Terbesar BERJAYA Asset Group
Sultan Johor, memiliki 120 juta unit saham di dalam Berjaya Assets setelah menambah 80 juta unit saham dengan pemilikan sebanyak 10.9 peratus.
Di Johor Bahru, Berjaya adalah pemilik kepada Berjaya Waterfront Hotel, kompleks membeli belah dan terminal feri serta unit-unit pejabat di Menara Cyberport MSC
Berjaya Assets Group adalah milik billionaire Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik utama Berjaya Times Square, salah satu pusat runcit dan perdagangan terbesar di Malaysia.
Berjaya Times Square juga adalah tuan rumah kepada BTS Theme Park, taman tema berkonsepkan indoor terbesar di negara ini.
Sultan Ibrahim juga merupakan pemegang saham di syarikat REDtone International Berhad 17.9 peratus dan U Mobile Sdn Bhd 15 peratus.
Perjumpaan Donald Trumph Dengan Anak Kelahiran Malaysia Mementerai Perjanjian Bernilai $100billion(RM424billion)
Sumber “Sultan Johor”, Pemegang Saham Kedua Terbesar 7-Eleven
0 Response to "“Sultan Johor”, Pemegang Saham Kedua Terbesar 7-Eleven"
Post a Comment