PELAKON sensasi kesayangan ramai, Fattah Amin bakal ke tanah suci Mekah pada 15 November untuk menunaikan ibadah umrah.
Malah, teka-teki individu yang bakal bersama Fattah menunaikan umrah masih belum terjawab.
Namun, kesempatan untuk bertemu Fattah sempena majlis pelancaran wangian AJ de'Parfum di Taman Subang Impian, Shah Alam baru-baru ini menjawab segala persoalan.
"Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga tetapi tentang dakwaan saya pergi bersama Fazura lebih elok bertanyakan dia sendiri.
"Malah, disebabkan jadual saya terlalu padat semua persiapan untuk menunaikan ibadah itu saya serahkan kepada pengurus saya termasuk membeli barangan kelengkapan umrah," jelasnya kepada Astro Gempak.
Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.
Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.
"Semoga terus doakan yang baik-baik. Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua," katanya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de'Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber
Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura?
Related Posts :
Hanya Peminat 18 Tahun Ke Atas Boleh Datang Konsert Madonna
HANYA peminat setia penyanyi Madonna yang berusia 18 tahun ke atas boleh menonton konsert Madonna Rebel Heart Tour yang bakal diadakan di … Read More...
‘Saya Telah Bersangka Buruk’- Kisah Penjaga Di Villa Selalu Dapat Bungkusan Misteri Sehingga....
Kata orang, jika tidak tahu perangai seseorang tu jangan lah kita cepat menilai. Kadang-kadang orang yang muka macam penyangak, muka sombo… Read More...
(9 GAMBAR) WAJAH COMEL ADRIEL, ANAK ARIL AF7
Seperti yang dijanjikan oleh Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 30, dan isterinya, Puteri Erma Edlinda iaitu akan memaparkan… Read More...
PANAS! SALWA RAZAK DITIPU KEKASIH, RUPANYA SUAMI ORANG
PELAKON dan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ahmad’, Salwa Razak mendedahkan dirinya telah ditipu ‘hidup-hidup’ dengan bekas teman lelaki… Read More...
SERONOK JADI ISTERI - MASAKAN MARSHA PIKAT SUAMI
Masakan sendiri seperti cucur tauhu, mee goreng, asam laksa dan juga makanan Sabah serunding tuhau serta makanan Utara kari kepala ikan mer… Read More...
0 Response to "Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura?"
Post a Comment