Parlimen hari ini dikejutkan dengan kedatangan beberapa ekor rusa yang tiba-tiba berkunjung dan bermain-main kolam di perkarangan utama Parliment dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi tadi.
7 ekor rusa terlepas, bermain dan mandi kolam di Parlimen. Comelnya!
Bernama melaporkan, seorang pengawal keselamatan di Parlimen berkata sebanyak tujuh ekor rusa dari puluhan rusa yang dipelihara di Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelwat bangunan Parlimen itu dipercayai terlepas dan memasuki perkarangan Parlimen ketika sesi persidangan Dewan Negara berlangsung.
“Tiga ekor rusa berkenaan masuk dan bermain-main di dalam kolam manakala beberapa ekor lagi berlegar-legar di kawasan berpagar berhampiran pintu masuk utama.
“Kesemua rusa berkenaan dapat ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam kandang, kira-kira sejam kemudian, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya kepada Bernama.
Insiden itu turut dimuat naik oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menghadiri sesi persidangan Dewan Negara hari ini.
Sumber: Bernama
Sumber 7 ekor rusa terlepas, bermain dan mandi kolam di Parlimen. Comelnya!
0 Response to "7 ekor rusa terlepas, bermain dan mandi kolam di Parlimen. Comelnya!"
Post a Comment