Mahu Tinggal Di ‘Retirement Home’ Kerana Tak Mahu Susahkan Anak-Anak, Hantaran Wanita Ini Cetus Perdeb4tan H4ngat

Zeeda Aziz tidak menyangka perancangan pelan persaraan bersama suaminya yang dibuat melalui satu hantaran di Facebook mendapat respon luar biasa.

Hantaran beliau yang memilih retirement home atau rumah orang-orang tua dan bukan duduk di rumah sendiri tersebut kini menerima lebih 7 ribu Likes, 2 ribu komen dan 9 ribu Shares.

Tangkap layar dari Facebook Zeeda Aziz

Menurut Zeeda, beliau dan suami tidak mahu menyusahkan serta menjadi beban tambahan kepada anak-anak kerana mereka akan keluar bekerja, bina kehidupan dan ada keluarga sendiri yang perlu dijaga.

Tambah beliau lagi, anak-anak tidak perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga dirinya apabila tua kelak dan mereka juga merancang untuk menjual sahaja rumah-rumah yang ada untuk membiayai kehidupan mereka ketika itu.

Di ruangan komen, walaupun rata-rata bersetuju dan ingin turut mengikuti jejaknya, terdapat juga segelintir yang beremosi dan memarahnya kerana dikatakan mementingkan diri sendiri dan tidak memberi peluang untuk anak-anaknya berbakti.

2 – Tangkap layar dari Facebook Zeeda Aziz

Beliau yang merupakan seorang bekas pesakit kanser tulang dan juga seorang Orang Kurang Upaya (0KU) terpaksa membuat hantaran kedua keesokan harinya bagi menjelaskan lagi pendirian beliau tersebut.

Jelas beliau, semua anak beliau sejak dari kecil lagi telah dididik supaya membantu beliau untuk menguruskan diri setiap kali beliau jatuh sakit.

Beliau juga menyangkal komen yang memarahinya kerana kononnya beliau sengaja tidak mahu memberi anak-anaknya itu bekalan pahala bagi menjaga ibu mereka pada usia tua.

Bagi Zeeda, tidak ada sesiapa pun yang tahu pengorbanan sebenar anak-anak mereka selama ini serta apa yang berlaku dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Terkini, Zeeda Aziz telah membuat hantaran di Facebook bagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan dan maklum balas mengenai topik retirement home tersebut.

Beliau tidak menyangka, sembang-sembang mengenai perancangan hari tua mereka suami isteri menjadi topik pan4s di Facebook.

Sambil memberitahu ruangan komen untuk topik itu terpaksa ditutup, beliau memohon sesiapa yang masih ingin memberi maklum balas agar menggantikannya dengan sedekah selawat dan Al-Fatihah buat arw4h opahnya, Fatimah binti Ngah Kassim yang baru sahaja men1nggal dun1a petang kelmarin.

Sumber: Zeeda Aziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://odisi.my/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Mahu Tinggal Di ‘Retirement Home’ Kerana Tak Mahu Susahkan Anak-Anak, Hantaran Wanita Ini Cetus Perdeb4tan H4ngat"

Post a Comment