Dapat Restu Suami, Heliza Helmi Akan Ke Gaza Jun Ini – ‘Kalau Ada Peluang, Dia Akan Ikut Ke Sana Juga’

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi mendapat sokongan dan restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman untuk ke Gaza, Palestine bagi menjalani pengambaran filem Road To Heaven pada Jun ini.

Ketika ditemui OhBulan!, Heliza menyatakan sekiranya diberi rezeki dan kesempatan, suaminya akan turut serta ke Gaza. Ujarnya, dia masih menunggu perancangan pada bulan Jun kelak.

Dapat restu suami untuk ke Gaza

Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama.

InsyaAllah, saya akan ke sana pada Jun akan datang. Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya.

Walau bagaimanapun, apabila ditanya sekiranya dia bersama suaminya dikurniakan rezeki cahaya mata, pemilik nama sebenar Nur Heliza Helmi ini mengatakan bahawa dia dan suami masih tidak terfikir mengenai perkara tersebut.

Masih tak terfikir pasal cahaya mata

Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir.

Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Dapat Restu Suami, Heliza Helmi Akan Ke Gaza Jun Ini – ‘Kalau Ada Peluang, Dia Akan Ikut Ke Sana Juga’"

Post a Comment