Sebuah video dikongsi seorang wanita dari wilayah Jakarta Timur, Indonesia menerusi laman TikTok memperoleh hampir 9 juta tontonan memaparkan majlis perkahwinan jirannya yang diadakan secara besar-besaran.
Bagaimanapun, khemah-khemah yang dipasang telah menghalang laluan utamanya untuk masuk ke pintu rumah.
Menerusi video pendek yang dikongsi wanita ini dikatakan baru sahaja pulang dari tempat kerja namun dia terpaksa berjalan melalui khemah yang sedia ada dan turut berjumpa dengan para tetamu yang hadir ketika majlis itu berlangsung.
Jiran saya itu orang Jawa, jadi mereka mengadakan beberapa acara dalam majlis perkahwinan itu selama beberapa hari. Khemah juga telah dipasang dua atau tiga hari sebelum majlis bermula.
Apa yang lebih melucukan pemilik video ini terpaksa berjalan melalui susunan kerusi yang dipenuhi dengan para tetamu, kipas angin besar serta perhiasan khemah sebelum tiba di satu kawasan yang telah ditutup dengan kain berwarna kuning.
Video:
@akutuheci WKWKWK MASI NGAKAK BGT SAMPE RELA KERJA PAKE BAJU BATIK PADAHAL INI HARI RABU #BAGIHOKI #fypシ
Selepas tiba di situ, wanita ini perlu menyelak kain berkenaan bagi membuka pintu rumahnya seperti biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan nasib yang menimpa wanita ini dan turut menitipkan pesanan ‘mesra’ kepada jirannya supaya tidak menyusahkan orang lain.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Buat Kenduri Punya ‘Besar’ Sampai Halang Laluan Jiran Nak Masuk Rumah…"
Post a Comment