Kalau nak menggayakan sesuatu fesyen tu, gaya macam mana yang korang akan pertimbangkan untuk nampak sesuai?
Baru-baru ni telah tular di media sosial tentang satu video yang dikongsikan di TikTok milik @sifuwawa, mengenai seorang lelaki yang dilihatkan keluar menggayakan pakaian berjenama yang dipercayai lebih dari RM40 ribu!
Video yang mendapat tontonan lebih dari 2 juta itu telah mendapat perhatian orang ramai lebih-lebih lagi di bahagian komen malah ada juga yang kongsikan video tersebut di Twitter. Eh sebab apa pulak dah ni?
Ternyata, pemakaian lelaki itu dikatakan kelihatan murah walaupun jumlah keseluruhannya mahal ditambah pula dengan jenama-jenama yang dinyatakan di TikTok milik lelaki itu.
Malah, rata-rata menasihati lelaki itu untuk mendalami gaya yang sesuai sekiranya mahu menampakkan pemakaiannya mahal seiring dengan harga yang telah dilaburkan kepada fesyen tersebut.
Video:
https://ift.tt/UEynuDW
Nak suruh dia upah aku jadi stylist dia boleh tak. pic.twitter.com/4zTxf8RkPd
— Aina Abdul (@naimazharrrr) February 13, 2022
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa pemakaian lelaki itu masih boleh diperbaiki untuk digayakan dengan lebih baik, tak ketinggalan juga yang menyokong tindakan lelaki itu dengan menyatakan bahawa lelaki itu berhak untuk menggayakan sesuatu pemakaian.
Tak apa lah, mungkin itu je gaya dan style yang dia selesa untuk pakai bila keluar kan? Mana tau lepasni makin okay fesyen dia…
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Lobak Merah
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Money can’t buy style” – Lelaki Pakai Pakaian Berjenama Tapi Kena Kec4m Sebab Nampak ‘Murah’?"
Post a Comment