“Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney

“TINGGALKAN dia,” itu nasihat bekas pelacur, Helan Wood kepada isteri Wayne Rooney iaitu Coleen. Helen yang pernah meniduri Rooney pada 2010 juga meminta Coleen supaya `bangkit’.

 

 

"Tinggalkan dia" - Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney

“Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney

 

Rooney kini sedang bergelut untuk menyelamatkan rumah tangganya selepas dia dilaporkan memeluk dan mencium seorang wanita, Laura Simpson di sebuah bar di Chesire, pada malam Jumaat lalu.

Dia kemudiannya ditangkap oleh polis selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Susulan berita tangkapan berkenaan, Coleen yang sedang mengandung anak keempat mereka terpaksa pulang dari percutiannya di Sepanyol, Coleen juga dilaporkan menghubungi Laura untuk bertanyakan mengenai perkara itu.

 

Coleen kemudiannya keluar dari rumah mereka yang bernilai RM33 juta bersama ibunya dan mempertimbangkan untuk menuntut cerai daripada Rooney.

Mengulas lanjut, Helen yang pernah memenangi program Big Brother pada 2014, berkata lebih baik Coleen menjadi ibu tunggal kerana Rooney akan terus menyakiti hatinya.

“Sekali dia curang, selamanya dia curang. Bangkitkan Coleen, awak sedang mengandung anak keempat. Saya hanya boleh katakan kepada Coleen `keluar’ (dari perkahwinan),’’ kata Helen.

Dalam kejadian pada 2010 itu, Coleen berdiri di belakang Rooney meskipun kecurangan bintang bola sepak itu dengan Helen dan seorang lagi rakannya, Jenny, telah didedahkan kepada media.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney

Related Posts :

0 Response to "“Tinggalkan dia” – Bekas pelacur nasihat Coleen supaya tinggalkan suaminya, Wayne Rooney"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect