Saya abang, saya tak nak beg Frozen! Begitulah luahan lucu seorang budak lelaki yang menolak pemberian beg sekolah yang mempunyai gambar kartun Frozen.
Gelagat lucu pelajar berkenaan mengundang perasaan lucu kerana pelajar tersebut tetap tidak mahu menerima bag tersebut walaupun dipujuk guru besar.
Perkongsian tersebut telah dimuatnaik di laman Tiktok Nurul Azma. Kata guru berkenaan, pelajar tersebut sebenarnya berharap untuk mendapat bag boiboiboi.
Namun secara tidak sengaja, tersalah beri beg frozen pula. Tindakan tersebut mengundang rasa kecewa pelajar terbabit dan membuat gaya protes yang cukup mencuit hati netizen.
Video:
Ada juga komen netizen supaya guru lebih berhati-hati selepas ini. Kerana budak-budak zaman sekarang ini, mereka sudah jauh lebih cerdik berbanding zaman-zaman kita dahulu.
Ramai juga yang memuji pelajar cilik berkenaan adalah seorang budak lelaki yang sangat berpendirian teguh. Bag Frozen lebih sesuai untuk budak-budak perempuan. Sebab itu, dia bertegas tidak mahu mengambil beg tersebut.
Komen Netizen:
Tidak kurang juga ramai yang mengkritik pengurusan guru acara tersebut yang tidak peka dengan jantina anak-anak sebelum membuat sebarang majlis.
Namun, diharapkan guru-guru akan lebih membuat persiapan dengan mengadakan pemberian yang bersesuaian dengan jantina pelajar-pelajar supaya tidak terguris hati mereka selepas ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press
Sumber : Tiktok nurulazmayahya
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Saya abang, saya tak nak beg Frozen, Gelagat lucu budak lelaki mer4juk buat ramai ketawa"
Post a Comment