Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa supaya menghormati keputusan mahkamah membabitkan kesalahan liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang merupakan mangsa dalam kes liwat tersebut berkata, beliau kesal apabila Dr. Mahathir memilih untuk mempolitikkan kes jenayah yang telah diputuskan hukumannya oleh mahkamah.
“Sebagai bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir patut lebih tahu, saya adalah mangsa sebenar tindakan jenayah Anwar.
“Pada Oktober 2014, ketika saya bersama isteri dan anak yang baru lahir melawatnya di Yayasan Perdana, Dr. Mahathir telah menyatakan simpatinya terhadap saya sebagai mangsa,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.
Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley.
Dr. Mahathir dan Motley menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.
Mohd. Saiful berkata, kuasa dan cita-cita telah membutakan Dr. Mahathir daripada fakta kes jenayah.
“Betapa mudah seseorang dapat melupakan prinsip dan makna keadilan kerana melayani tujuan politik terdesak.
“Memang benar dalam politik tidak ada kawan tetap atau musuh, hanya minat. Sayangnya, minat itu membawa kepada khidmat yang lebih buruk dan kemaruk kuasa,” ujarnya.
Sumber: Utusan
Sumber Saiful Bukhari minta Tun M hormati keputusan mahkamah
0 Response to "Saiful Bukhari minta Tun M hormati keputusan mahkamah"
Post a Comment