Sesuatu perniagaan tidak mungkin berjaya andainya hanya mempunyai cara pemasaran yang strategik dan taktikal tanpa adanya pengurusan pemasaran yang bagus.
Pengurusan pemasaran bermaksud mempunyai kapasiti bagi menyediakan dan menjalankan pelan pemasaran. Organisasi pemasaran yang berjaya mengabungkan strategi dan taktik yang dirancang. Kita perlu meneliti rancangan dan organisasi pemasaran.
Kebiasannya, dua jenis pelan diperlukan iaitu pelan jangka masa panjang dan pelan tahunan. Misalnya, barang-barang keperluan awam mempunyai pelan jangka masa panjang hingga 20 tahun dan barangan berteknologi tinggi mempunyai pelan jangka panjang selama hanya tiga tahun.
Pelan strategik yang perlu diambil kira adalah kuasa yang mendorong pasaran, senario berbeza yang mungkin berlaku, harapan syarikat dan cara yang perlu diambil untuk berjaya.
Setiap tahun, pelan ini perlu dikaji semula dan apa-apa perubahan akan dibuat sekiranya perlu. Ada enam jenis pelan pemasaran khusus yang perlu disediakna oleh sesebuah syarikat.
#1-Pelan Pemasaran Jenama
Syarikat perlu menyediakan pelan pemasaran setiap jenama produk seperti yang dilakukan di Procter&Gamble. Setiap pengurus produk detergen menyediakan pelan pemasaran strategi tahunan.
#2- Pelan Pemasaran Produk Mengikut Katogeri
Seorang pengurus produk menyediakan andaian, ramalan dan matlamat mengikut teori produk sebelum pelan pemasaran menyeluruh yang sesuai dibuat bagi semua katogeri produk.
#3- Pelan Produk Baru
Setiap produk atau jenama baru memerlukan pelan pembangunan dan pelancaran yang terperinci. Konsep produk perlu dihalusi dan diuji bersama prototaip yang disediakan kepada segmen pasaran yang berlainan, pelan pemasaran yang bersesuaian perlu disediakan.
#4- Pelan Segmen Pemasaran
Sekiranya produk atau jenama dipasarkan kepada segmen pemasaran yang berlainan, pelan pemasaran yang bersesuaian perlu disediakan.
Contohnya IBM mempunyai pasaran luas seperti perbankan, insurans, perhotelan dan penerbangan. Jadi, pengurus dari segmen masing-masing menguruskan pemasaran produk mereka.
#5-Pelan Pemasaran Georgrafi
Pelan pemasaran disediakan bagi negeri, kota, daerah dan juga kejiranan yang berbeza. produk yang dipasarkan pasti berbeza disetiap negeri kerana mengikut faktor budaya dan masyarakat setempat dalam menggunakan produk keluaran syarikat anda.
#6- Pelan Pelanggan
Pengurus akaun menyediakan pelan pemasaran yang berasingan bagi pelanggan yang dihargai. Pelanggan mesti dijaga dengan baik kerana mereka adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan jualan anda.
Sumber 6 Jenis Pelan Pemasaran Yang Patut Dibangunkan Dalam Perniagaan
0 Response to "6 Jenis Pelan Pemasaran Yang Patut Dibangunkan Dalam Perniagaan"
Post a Comment