'Budak telur' akhirnya insaf



Remaja 17 tahun yang mencuri perhatian dengan tindakan berani memecahkan telur di kepala seorang senator Australia, akhirnya bersuara menerusi video yang dimuat naik di media sosial.

NZHerald melaporkan, video berdurasi selama beberapa saat itu dimuat naik selepas kejadian terbabit menjadi tular di media sosial.

”Jangan pecahkan telur di kepala ahli politik... anda akan dihenyak oleh 30 orang pada masa sama. Saya belajar dari kesilapan,” kata remaja itu.

Fraser Anning mencetuskan kem-arahan selepas menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca serangan pengga-nas di dua masjid di Christchurch.



Dia sedang bercakap dengan wartawan sebelum remaja yang memegang telefon bimbit memecahkan telur di kepalanya.

Anning yang terkejut dengan tindakan itu terus menum-buk remaja berkenaan sebelum beberapa lelaki menangkapnya.

Kejadian itu berlaku ketika satu petisyen mendesak Anning dipecat mendapat hampir 500,000 tanda tangan manakala remaja terbabit diangkat sebagai ‘wira’.


Sumber : harian metro

Artikel menarik lain

Bertolak Selasa ini lawat Mohd Tarmizi



“ABANG, adik dan sepupu akan berlepas Selasa ini ke New Zealand dan berharap kehadiran mereka akan menenangkan Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang kini dilaporkan stabil, ” kata Zarina Shuib, 53.

Menurutnya, buat masa ini, ahli keluarganya sedang membuat persiapan untuk ke sana selepas mendapat tajaan daripada kerajaan.

“Saya difahamkan ahli keluarga yang ditaja akan diterbangkan dari Pulau Pinang ke Singapura sebelum ke Christch-urch, Selasa ini.

“Cuma kami berharap pihak hospital akan merawatnya dengan baik kerana walaupun dilaporkan sudah stabil namun hati ini tetap bimbang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sudi menaja tiket penerbangan keluarga terbabit ke sana untul melihat perkembangan Mohd Tarmizi.

Tiga rakyat Malaysia yang ced-era dalam kejadian tem-bakan rambang itu adalah Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang yang mempunyai dua anak; Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan sertaMohd Tarmizi dari Kedah yang masing-masing mempunyai empat anak.

Sumber : hmetro


Sumber 'Budak telur' akhirnya insaf

0 Response to "'Budak telur' akhirnya insaf"

Post a Comment