Mufti Negeri Sembilan gesa kerajaan haramkan permainan video PUBG di Malaysia



PERMAINAN dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) perlu diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.

“Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.



Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam ia bukan perkara baik tambahan pula boleh dimainkan sesiapa menggunakan komputer riba dan telefon bimbit.

“Sebagai kerajaan, perhatikanlah baik dan buruk dan sebagai Menteri fikirlah adakah ia sesuai dijadikan sukan E-Sport,” katanya.

Katanya, permainan itu tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam, justeru pihak pemerintah wajib mengekangnya.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Saya yakin PUBG boleh menghilangkan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tiada perasaan.

“Dalam keadaan semasa, jika hukuman ma-ti mahu dihapuskan tidak mustahil suatu hari nanti senj-ata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya,” katanya.



Mengulas mengenai insiden berda-rah di masjid Christc-hurch, New Zealand, Jumaat lalu katanya, kejadian itu disebabkan pemimpin atasan dunia yang membentuk kebencian terhadap Islam.

“Merekalah yang mewujudkan Islamof-obia. Jika orang atas sudah membenci Islam, menjadi perkara biasa bagi rakyat bawahan melakukan pembu-nuhan,” katanya sedih atas peni-ndasan terhadap umat Islam.

Sumber : hmetro

Sumber Mufti Negeri Sembilan gesa kerajaan haramkan permainan video PUBG di Malaysia

0 Response to "Mufti Negeri Sembilan gesa kerajaan haramkan permainan video PUBG di Malaysia"

Post a Comment