"Kega,nasan tiada kaitan pun dengan permainan video PUBG" - Menteri Belia Dan Sukan



PERMAINAN dalam talian termasuk PlayerUnknown's Battleground (PUBG) tidak wajar dikaitkan dengan unsur kegan-asan seperti yang berlaku di Christc-hurch, New Zealand baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Percayalah, ada atau tiada games (permainan berunsur penem-bakan secara dalam talian), kalau orang (suspek) dah ada fahaman ekstre-misme mereka akan lakukan dan laksanakan kega-nasan itu," katanya.

Syed Saddiq berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Festival Asia GT di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata permainan berkenaan tiada kaitan dengan keg-anasan yang berlaku sebaliknya ia lebih besar daripada itu, serta jangan cepat menyalahkan permainan itu.

"Kita harus beri penghormatan kepada mangsa. Adakah ia bermaksud kita kena haramkan semua games kerana ia berkait rapat dengan unsur pene-mbakan? Saya rasa ia (insiden di Christch-urch) lebih besar daripada itu.



"Sebelum tiada PUBG, kegana-san tetap berlaku justeru, kita jangan cepat salahkan satu sebab," katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga berpendapat unsur kega-nasan harus dikecam oleh rakyat seluruh dunia kerana ia bercanggah dengan prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh rakyat Malaysia dan masyarakat di seluruh dunia.

Permainan PUBG menarik perhatian netizen apabila ia dikatakan mirip sera-ngan bersen-jata ke atas dua masjid di Christch-urch, New Zealand pada Jumaat lepas.



Beberapa hari lepas, Gujarat adalah satu-satunya negeri di India yang mengharamkan permainan PUBG selepas ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di negara terbabit kerana ia dilihat lebih banyak mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur gan-as.

Menurut media, permainan itu dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.- Bernama

Sumber "Kega,nasan tiada kaitan pun dengan permainan video PUBG" - Menteri Belia Dan Sukan

0 Response to ""Kega,nasan tiada kaitan pun dengan permainan video PUBG" - Menteri Belia Dan Sukan"

Post a Comment