Buat pertama kali Raden Muhammad Rafael dikongsikan kepada peminat,Mawar Rashid selamat bersalin..



Semalam, pelakon Mawar Rashid telah memaklumkan kepada peminatnya bahawa dia telah selamat melahirkan putera sulungnya, dua hari lepas jam 11.33 malam.

Menurut suaminya, Raf Yaakob atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob telah memberitahu bahawa Mawar telah melahirkan putera sulungnya secara normal.

“Syukur Alhamdulillah. Mawar dah selamat bersalin malam semalam. Terima kasih yang kepada semua yang banyak mendoakan” tulisnya.



Kini, pelakon yang berusia 23 tahun itu telah berkongsi gambar bayi dan nama putera sulungnya itu kepada peminat.

“Assalamualaikum dan Salam Jumaat. MawaRaf nak kenalkan baby kami kepada semua. It’s a healthy 3.4kg baby boy. We named him RADEN MUHAMMAD RAFAEL” tulisnya.



Lantas, perkongsian berita gembira ini telah menjadi perhatian peminat Mawar. Rata-rata peminat teruja dengan kelahiran putera sulung itu.


Disamping itu, peminat turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Mawar dan suami.




tahniah kerana telah bergelar seorang ibu. Selamat berpantang Mawar!

Foto : Instagram Mawar Rashid via mediahiburan.my


Artikel menarik lain : 6 Rahsia Mengenai Suami Mawar Rashid Yang Ramai Tidak Tahu



1. Asal Usul Nama Raf
Mungkin ramai yang bertanya dimanakah nama Raf, sedangkan nama sebenarnya adalah Raden Ahmad Faizal Yaakob. Untuk makluman anda, nama Raf diambil bersempena abjad awal nama beliau iaitu R.A.F.

2. Pernah Berkahwin Dan Mempunyai Dua Cahaya Mata

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf mempunyai dua orang cahaya mata. Uniknya lagi, salah seorang anaknya itu lahir pada hari yang sama dan di hospital yang sama dengan kelahiran anak ketiga abangnya, Datuk Fazley Yaakob. Meriah rumah!

3. Mempunyai Darah Jawa
Melihatkan pada namanya sahaja sudah kita ketahui pasti keluarga mereka mempunyai darah jawa.


Malah pada majlis pernikahan mereka malam tadi turut bertemakan jawa manakala malam berinai bertemakan Thai mengikut keluarga Mawar yang mempunyai kacukan Thai. Thai dan Jawa pasti anak mereka akan kelihatan begitu segak nanti. 

4. Presiden Kelab Manchester United Malaysia

Ramai yang tidak tahu bahawa Raf adalah presiden Kelab Manchester United Malaysia. Malah sebagai kejutan untuk isterinya itu, Raf bakal ketemukan beliau dengan para pemain kelab gergasi itu pada bulan hadapan.

5. Abang Angkat Emma Maembong
Sebelum ini ramai yang beranggapan bahawa Raf bercinta dengan Emma Maembong. Sebaliknya, Emma menafikan dakwaan tersebut kerana beliau menganggap Raf sebagai abang angkatnya malah kedua-dua keluarga mereka merupakan kenalan rapat sejak mereka berdua kecil lagi.

Hubungan yang tercipta antara Mawar dan Raf juga adalah hasil usaha Emma yang mengenalkan mereka antara satu sama lain di sebuah acara suatu ketika dahulu.

6. Papa Rock!
Lebih gemar bersikap low profile, Raf sebenarnya gemar pada koleksi kereta mewah. Dek kerana sikapnya itu membuatkan Mawar jatuh hati padanya dan berharap dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.

Sumber artikel : hangat.com

Sumber Buat pertama kali Raden Muhammad Rafael dikongsikan kepada peminat,Mawar Rashid selamat bersalin..

0 Response to "Buat pertama kali Raden Muhammad Rafael dikongsikan kepada peminat,Mawar Rashid selamat bersalin.."

Post a Comment