Tuduh MP Pasir Gudang ‘Hilang’, Dira Abu Zahar Dikritik Berjemaah Tentera Bawang



Umum sedia maklum, Dira Abu Zahar merupakan salah seorang exco Puteri Umno yang lantang bersuara di media sosial. Menerusi Twitter, dia mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang didakwa hilang ketika Pasir Gudang dilanda bencana.

Namun lain pula yang jadi apabila Dira menerima kritikan gara-gara tidak mengikuti perkembangan sidang dewan rakyat yang berlangsung semalam.



Belum dapat dikenal pasti lokasi




Dira menulis di Twitter mendakwa Ahli Parlimen tersebut tidak dapat dikenal pasti lokasi dikala rakyat sedang bertarung nyawa.

Namun, di ruangan komen seorang individu menyertakan laporan Astro Awani di mana Ahli Parlimen tersebut merayu di Dewan Rakyat agar pengisytiharan darurat dibuat Kerajaan Pusat.

‘Dia ada di sana’



Sumber : Dira Abu Zahar via ohbulan.com

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO.



Nama pelakon Dira Abu Zahar tiba-tiba sahaja menjadi sebutan netizen setelah video ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) mengkritik pelakon Fathia Latiff tular di media-media sosial. Tetapi kenalkah anda dengan Dira Abu Zahar ini? Admin mengenali Dira Abu Zahar ini sebagai seorang pelakon dan juga anak kepada Ketua Menteri Melaka yang ke -8.


Jadi bagi yang kurang mengenali Dira Abu Zahar atau baru sahaja mengenali Dira Abu Zahar selepas menonton ucapan beliau di PAU 2017, di sini admin BVT ingin berkongsi kepada anda semua tentang Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO ini. Khaidhirah binti Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia dan merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.

Nama penuh : Khaidiriah binti Abu Zahar
Tarikh lahir : 2 Mac 1984 (umur 33)
Asal : Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka, Malaysia
Kediaman: Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor
Nama lain : Dira
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
Pusat pendidikan : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan : Pelakon, pengacara, pengarah
Tahun aktif : 2006 – kini

Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Seratus Harijadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling.

Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda. Dira juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV Alhijrah. Dira pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.

Sumber Tuduh MP Pasir Gudang ‘Hilang’, Dira Abu Zahar Dikritik Berjemaah Tentera Bawang

0 Response to "Tuduh MP Pasir Gudang ‘Hilang’, Dira Abu Zahar Dikritik Berjemaah Tentera Bawang"

Post a Comment