Adik Lelaki Muslimah Cantik Dari Korea, Ayana Jihye Moon Peluk Islam



Adik lelaki selebriti instagram yang berasal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon kini sah telahpun memeluk agama Islam. Ini bermaksud Ayana akan memiliki dua orang dari ahli keluarganya yang masuk Islam,

Selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas. Hal tersebut diungkapkan Ayana menerusi Instagram peribadinya, Isnin (11/3/2019).

“Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar🖤 #muallaf #Islam”- tulisnya di Instagram



Ayana tertarik dengan Islam sejak dari bangku sekolah lagi, ketika dia melihat ramainya pelancong pergi ke restoran bertanyakan soal makanan halal. Setelah itu, dia banyak belajar Islam dan memutuskan untuk masuk Islam.

Wanita yang memiliki nama lengkap Ayana Jihye Moon adalah satu-satunya yang beragama Islam di keluarganya. Meskipun begitu, Ayana tetap terus memeluk Islam dan mengenakan tudung. Padahal, di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam dari 50 juta penduduk.



Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sumber: https://ift.tt/2FdfUTA

Sumber Adik Lelaki Muslimah Cantik Dari Korea, Ayana Jihye Moon Peluk Islam

0 Response to "Adik Lelaki Muslimah Cantik Dari Korea, Ayana Jihye Moon Peluk Islam"

Post a Comment